
Sulit
5 tahun
Sukar benafas dan dada terasa berat
saya wanita berumur 42 tahun baru-baru ini pada 10 mei dada saya tiba-tiba terasa berat,ketat dan saya terasa sukar untuk bernafas. tangan dan kaki terasa sejuk, apabila cuba bangun akan terasa pening seakan -akan hendak pitam. Hingga hari ini dada masih terasa berat tetapi sudah boleh membuat aktiviti ringan,tidak boleh berdiri lama dan badan masih rasa kurang bertenaga. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Masalah keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.