
Anonymous
5 tahun
Sukar bernafas apabila bangun pagi
sy wanita berumur 26tahun sy ingin bertanya mengapa setiap kali bangun pagi sy rasa sush bernafas seperti nafas tidak panjang adakala lepas sy mkn pun rasa begitu apa punca jadi begitu ya doctor.
terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas anda boleh disebabkan:
- Asma
- Alahan
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit saluran udara sempit
- Pulmonary embolism - darah pekat pada saluran darah paru-paru
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, rentak jantung tidak tetap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.