
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas apabila leher kiri berhampiran tekak rasa ditekan dan tidak selesa
Saya wanita berumur 20 tahun. Baru sahaja mengalami sukar bernafas, rasa nafas tidak sampai apabila leher kiri dibawah dagu berhampiran tekak rasa ditekan dan tidak selesa. Baru 3 hari bermula. Setelah itu, mesti saya sukar untuk bernafas tapi tidak terlalu teruk. Gejala demam, batuk, selsema dan lain tiada. Saya dah cuba makan ubat gastrik, ubat angin dan urut tapi tidak berkesan. Apa masalah dan cara untuk mengubatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kegusaran anda terhadap gejala sesak nafas yang dialami. Anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda. Untuk pengetahuan anda, gejala sukar bernafas boleh berpunca daripada penyakit yang biasa atau serius. Antara penyakit yang lazim yang menyebabkan kesukaran bernafas adalah:
- Bendasing (foreign body) di dalam saluran pernafasan
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
Ia juga boleh disebabkan oleh keadan yang lebih serius dan ini memerlukan perhatian anda dan rawatan segera, seperti.
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair (pleural effusion)
- Serangan jantung
- Acute pulmonary edema
Puncanya perlulah dicari terlebih dahulu dan kami tidak menggalakkan anda mengambil sebarang ubatan tanpa mendapatkan nasihat dan preskripsi doktor kerana setiap diagnosis mempunyai rawatan yang berbeza.
Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor di atas talian dan kami akan membantu supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.