Sulit
4 tahun
Sukar bernafas dan asyik menguap
Saya wanita berumur usia 22 tahun saya sukar bernafas pada bulan 3 tahun lepas,sampai sekarang saya sukar untuk bernafas. Saya dah pergi hospital doc check paru-paru dan jantung saya ok xada masalah… Saya nak tanya doc apa masalah yang saya hadapi ?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Anda memaklumkan bahawa anda mengalami gejala sesak nafas sejak tahun lepas dan asyik menguap. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pebagai perkara. Oleh itu sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda yang tepat.
Secara amnya, gejala-gejala anda boleh dikaitkan dengan perkara berikut :
- Asma
- Gangguan tekanan
- Anemia
- GERD
- Gastritis atau ulser perut
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Masalah keresahan
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menggunakan khidmat konsultasi online kami untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































