Sulit
6 tahun
Sukar bernafas dan batuk yang berpanjangan
Saya wanita berusia 26 tahun,bekerja di sektor awam…saya mengalami demam selsema dlm 2 minggu lepas…suhu badan tidak terlalu tinggi hanya 37.8c…semasa saya demam…saya juga turut batuk …tetapi batuk yang tidak teruk…cuma batuk apabila tekak terasa gatal sahaja…selepas 1 hari suhu saya sudah kembali normal…cuma selsema dan batuk sahaja yang tinggal…
Selepas 1 minggu selsema saya hilang…tetapi batuk saya masih ada dan menjadi batuk yang berkahak…tetapi kahak berwarna putih sahaja…
Saya sudah minum ubat batuk…kahak sudah berkurang…tetapi sekarang apabila saya menarik nafas terasa sesak di dada dan menyebabkan saya ingin batuk…saya sedar situasi itu terjadi terutamanya apabila waktu sejuk dan waktu malam…
Adakah itu simptom asthma…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan demam selesema - kahak mungkin masih belum habis dan saluran udara mungkin sedikit sempit
- Demam influenza
- Penyakit asma
- Alahan - pada ubat atau debu
- Anemia - kurang hemoglobin sel darah merah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































