Sulit
5 tahun
Sukar bernafas dan saya ada asma bulan februari 2020
Salam doktor. Umur saya 21thun. Berat saya 45kg.saya ada asma dan gastrik. Saya nak tanya. Kenpa susah sangat nak tarik nafas panjang dan menguap pun tak puas . Time tarik nafas ada rasa sakit kat tepi perut belah kanan dan kiri .da 3minggu lebih tak hilang lagi.Apa masalah saya doktor ?
*kenpa Sntanya :
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Asma
- Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



































