
amirahsyazana2011
5 tahun
Sukar bernafas dan tekak mula tidak selesa
Saya wanita berumir 24 tahun, bekerja sebagai pembantu farmasi… musim kuarantin ini frmasi beroperasi seperti biasa dan menemui ramai orang. Jadi saya nak tanya semenjak ini saya telalu kerap sakit dada iaitu sukar bernafas (sebelum ini pun saya akan sakit dada akibat astma tapi tidak kerap), dan setelah berhari2 saya sakit dada sekarang saya merasa tekak tidak berapa selesa… apa yang perlu saya buat ya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sukar bernafas dan sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Memandangkan anda mempunyai gejala ini dan bekerja sebagai pembantu farmasi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini