aisyahjombri
6 tahun
Sukar bernafas dan tekanan darah rendah
Hai, saya berumur 17 tahun… Saya sering mengalami sakit dada pada setiao hari. Jdi pada tahun lepas saya telah membuat pemeriksaan jantung dan ianya normal… Tetapi saya tidak pasti mengapa pada thun ini kesakitan itu berulang… Selain itu… Pada hari ini, saya membuat pemeriksaan tekanan darah dan saya mendapati tekanan darah saya turun serta kiraan jantung saya laju… Pada masa yang sama… Saya merasakan kesukaran untuk bernafas… Dan saya tidak pasti punca bagaimana blh terjadi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami terutamanya sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































