
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas hidung selalu tersumbat
Sy umur 28 tahun.msalah sy sukar bernafas siang mlm.sma sja hidung mcm ada hingus tapi tak keluar kadang2 hidung tersumbat apa msalah sy yea doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang sinus (Sinusitis)
- Allergic rhinitis
- Polip hidung (Nasal polyp)
- Asthma
- Jangkitan kuman atau virus di saluran pernafasan
- Objek asing yang dimasukkan ke dalam hidung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.