cheritachucks
4 tahun
Sukar Bernafas & Hidung Tersumbat Di Waktu Malam
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Doktor.
Saya seorang lelaki berusia 26 tahun. Saya seorang yang aktif dalam aktiviti bersukan. Kebelakangan ini saya kerap kali mengalami sukar untuk bernafas pada waktu tidur sedangkan ketika waktu siang dan waktu saya bersukan saya dpt bernafas dengan normal.
Adakah masalah yang saya hadapi ini berkaitan dengan readung? atau ada masalah lain yang boleh Dr. kongsikan dengan saya berdasarkan simptom-simptom yang saya alami ini.
Sekian.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi kesukaran bernafas dan hidung tersumbat pada waktu malam. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.




































