
Sulit
3 tahun
Sukar bernafas ketika badan lemah
hye doc,saya tiba2 rasa badan seperti sedang lemah dan lapar serta sukar untuk bernafas…dada terasa pedih dan panas…serta seperti ada angin tersangkut di tekak…adakah kerana ada bengkak di tekak saya kerana saya ada sakit tekak…sudah berjumpa dengan doktor,dan dimaklumkan saya ada gerd…tetapi apa sebab saya akan berasa sukar bernafas dan pedih di dada ketika badan lemah?..mohon jawapan dari doc apakah sebab saya akan sukar bernafas apabila badan terasa lemah?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan dada dan kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.