
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas ketika berbaring
Saya lelaki umur 21 tahun, saya Ada masalah sukar bernafas ketika berbaring macam Mana nak hilangkan masalah ini doctor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ketika baring, boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- atau kelainan yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.