Anonymous
6 tahun
Sukar bernafas semasa tidur dan sakit dada. Mulut rasa setiap kali terjaga
Saya lelaki, usia 28 tahun. Baru baru ini semasa tidur sering terjaga kerana sukar bernafas semasa tidur, hidung tersumbat dan dada rasa sakit.apa sebabnya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas ketika tidur boleh disebabkan:
- Apnea tidur - akibat berat badan tinggi
- Gastrik refluks
- Asma
- Penyakit neuro-muskular
- Alahan - pada debu, kain, tempat tidur dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































