
Sulit
3 tahun
Sukar bernafas/semput waktu malam dan diawal pagi
Saya wanita 32 tahun. Saya baru lepas melahirkan anak 50 hari. Ketika hamil saya sering selesema pada cuaca sejuk atau terlalu panas. Dan sejak akhir2 ini saya mula sesak nafas pada waktu malam dan diawal pagi. Kawasan perumahan juga terdapat banyak habuk kerana berada di sekeliling tapak pembinaan.adakah saya asma atau sakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami keadaan anda yang sedang mengalami masalah sesak nafas pada waktu malam
dan diawal pagi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Perubahan cuaca sejuk atau panas
- Alahan
- Resdung
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.