
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas sewaktu baring
Saya wanita berusia 20 an saya sering mengalami gelaja ini sejak pengakhiran bulan mac selama lebih kurang seminggu lebih namun gelaja ini kembali pada 8 april bru2 ini.k ketika saya mengalmu masalah ini saya merasakan seolah2 berat di bahagian dada kanan dan ia menggangu sehingga ke bahgaian belakang leher dan telinga. Kadang kala pada bahagian bahu juga. Gelaja ini selalunya berlaku 3/4 saat dan kerap terjadi ketika saya sedang baring atau bngun dri bnring atau mengalihkan kepala secara drastik ke arah lain. Apakah masalah yg saya hidapi ini dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Asma
- GERD
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.