
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas sudah seminggu. Dada terasa berat. Tiada demam atau sakit tekak
Saya berumur 35 tahun. Sudah 8 hari sy mengalami sukar untuk bernafas. Dada terasa berat. Selera makan berkurangan. Sudah jumpa doc dan dapat ubat gastrik. Tetapi tidak kurang. Makin sukar bernafas jika baring. Terasa seperti nak sendawa tapi tidak boleh. Mengapa ini terjadi? Terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.