
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas waktu malam apa puncanya ya
Hi sy nurul, saya mengalami sukar bernafas waktu malam , waktu siang ok saje, kadang tu sampai nak telan air liur pon susah, macam ada sekaran di kerongkong, nak tarik nafas pon susah, saya tidak ada masalah selesema batuk semua …

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.