
Anonymous
5 tahun
Sukar ereksi, ejakulasi terlalu cepat
Saya lelaki 55 tahun, tiada diabetes, tiada darah tinggi, tiada masalah jantung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ‘mati pucuk’ ini boleh disebabkan:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
Antara langkah menangani isu ini ialah dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubatan
Hubungan kelamin untuk tempoh 5minit boleh berkait atau tidak berkait dengan masalah ejakulasi pramatang. Masalah ini bermaksud, ejakulasi dalam tempoh atau kurang dari satu minit setelah penetrasi.
Untuk pengambilan ubat-ubatan, anda perlu mendapatkan preskripsi dahulu kerana status kesihatan anda perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.