
Sulit
5 tahun
Sukar menarik nafas dalam
Saya wanita berusia 39 tahun. Sejak seminggu ini saya sering mengalami masalah sukar hendak menarik nafas dalam. Saya perlu tarik nafas dalam sebanyak 3-4 kali baru dada terasa lega. Saya sudah ke kecemasan dan mendapatkan neb. Saya akan lega untuk beberapa ketika sebelum masalah yang sama jadi semula. Menurut kata doktor, paru2 saya ok dan oksigen saya mencukupi. Namun sehingga hari ini, masalah itu masih berlanjutan. Utk pengetahun, saya pengidap rhemutoid arthritis dan asthma. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.