
Sulit
4 tahun
Sukar nafas ketika makan
Hai Dr … Saya wanita brumur 23tahun… sudah berkahwin… sejak 2 3 hari lalu saya mengalami sukar nafas ketika makan… jadi seperti mkn x menelan… tapi bila saya minum air tetap sma jugak… rasa penat lelah mcmtu… agak apa masalah saya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas:
- Saluran udara yang sempit disebabkan oleh beberapa faktor seperti bendasing, reaksi alahan atau serangan asma
- Pedih ulu hati atau GERD
- Masalah mekanikal esofagus semasa menelan
- Radang tonsil atau faring
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kami risau ia berpunca daripada masalah yang lebih serius seperti jantung. Sila berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami untuk penjelasan lanjut. Terima kasih.