
Anonymous
5 tahun
Sukar untuk Bernafas dan Apakah Puncanya?
saya wanita berumur 20 tahun, sejak akhir-akhir ini saya mempunyai kesukaran untuk bernafas dengan normal dan ia datang secara tiba-tiba. saya memerlukan usaha yang lebih untuk bernafas terutama ketika saya baring, saya perlu duduk daripada pembaringan saya untuk bernafas dengan normal. apabila sudah kembali normal, beberapa saat kemudian ia akan berulang kembali. boleh dr tolong saya mengenai masalah ini? terima kasih dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.