Sulit
4 tahun
Sukar untuk bernafas, nak kata sesak nafas tu takda lah sangat tapi rasa kurang selesa untuk bernafas
Saya seorang wanita berumur 23 tahun dan menetap di gombak, KL. Saya cuti PKP sejak 18/3 sehingga ke hari ini. Sejak 27/3 pada malam itu saya mula rasa agak sukar untuk bernafas. Masih okay cuma agak rasa tak selesa. Kejap rasa okay kejap tak. Tapi saya takda demam, batuk, selsema, sakit tekak. Kenapa ya?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:
- Penyakit asma
- Penyakit jantung
- COPD - saluran pernafasan sempit
- Alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.