
Sulit
4 tahun
Sukatan antibiotik yang diberi berbeza
Pada 1hb Feb yg lalu, anak sy diberikan antibiotik (synamox amoxilin) untuk rawatan demam tonsil grade 3. Berat anak 14kg, umur 1 tahun 10 bulan. Sukatan antibiotik ialah 14ml, 3x sehari. Semalam, sekali lg anak sy demam tonsil dan sy bawa ke hospital utk pemeriksaan dan doc bagitau tonsil grade 1. Diberikan antibiotik yg sama tetapi dos berbeza iaitu 8.4ml, 3x sehari. Soalan sy, mengapa dos antibiotik yg diberikan ini berbeza? Sedangkan 2 minggu awal dos nya lebih tinggi? Apakah kesan jika anak makan antibiotik dalam selang masa yang sangat dekat? Doktor kata, terpaksa beri antibiotik sbb anak sudah lebih 3 hari demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. PIhak kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang tepat memandangkan kami tidak mempunyai rekod kesihatan anak anda yang lengkap. Namun berdasarkan keterangan anda, sukatan pertama diberikan lebih tinggi berbanding sukatan kedua kerana terdapat perbezaan pada grade tonsil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.