Anonymous
6 tahun
Suntikan cegah hamil
Sy berumur 49 thn. Hampir setahun sy tdk period. Perlukah sy ambil suntikn cegah hamil sbb sblm ni mmg sy ada ambil suntikn trsebut 3 bln sekali
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Agak sukar untuk menentukan apakah setahun tidak period itu sudah menopause ataupun efek dari suntikan cegah hamil yang terakhir tanpa maklumat lanjut daripada puan.
Sebetulnya di usia 49, walaupun sudah hampir mendekati menopause, kemungkinan untuk hamil masih tetap ada walaupun rendah. Oleh itu, wanita berusia biasanya direkomendasi untuk mengamalkan pencegahan kehamilan dalam bentuk intrauterine device (IUD), pil perancang dan kondom.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih



































