nuralissa774
4 tahun
Suntikan depo cegah hamil
Hai doktor saya nak tyk sdh sdh terlewat suntikan depo pada 2/12 dan skg sdh 5/12. Saya terlupa dan berapa hari lalu saya sdh bersama dgn suami saya apakah saya akn mengandung???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda harus mengambil suntikan tersebut secepat yang mungkin. Risiko kehamilan suntikan depo adalah sebanyak 1% jika anda mengambil suntikan tersebut pada waktu yang ditetapkan. Namun begitu, memandangkan anda telah kelewatan, risiko tersebut telah meningkat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.