fathonahglobal2018
6 tahun
Suntikan depo (cegah hamil)
Saya Ingin bertanya saya dh 3x mengambil suntikan depo ini namun pada suntikan kedua saya pada 7/01/2019. Bulan feb saya dtg period yg normal namun pada 20/3/2019 saya telah dtg haid dan shingga kini haid saya masih belum berhenti… Saya amat risau kerana ini pertama kali terjadi selama saya mengambil suntikan depo ini… Haid yg terlalu lama dan pada 1/4/2019 saya hadir utk depo yg ketiga yg mana ada ketika itu saya masih dlm haid. Bantu saya dokto kenapa dan mengapa…adakah saya ada masalah lain.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.


































