
Sulit
5 tahun
Suntikan depo dapat cegah hamil?
Tarikh suntikan perancang 19/12 saya sudah terlewat 30/12 tetapi saya ada bercampur dngn suami.Pada tarikh 30/12 saya jumpa doktor dan menerangkan bahawa saya sudah terlewat 12hari. Malah saya meminta untuk membuat suntikan perancang tersebut. Adakah saya akan hamil setelah terlewat 12hari?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan, suntikan Depo-Provera berfungsi sebagai kawalan kelahiran dengan segera selepas suntikan pertama, jika anda mendapatkannya dalam tempoh 5 hari pertama haid anda.
Suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu (3 bulan). Tempoh masa kesuburan kembali selepas berhenti depo berbeza mengikut individu. Ia boleh mengambil masa 4 bulan sampai setahun. Jika kesuburan tidak kembali atau anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak selepas satu tahun mencuba, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.