lilylynda4
5 tahun
Suntikan depo-darah msih keluar
Sy telah mgambil semula suntikan perancang slps 2 tahun stop.sy ambil pd 30/12 dan smpi sekarang msih ada pndarahan yg sedikit.ada tak ubat yang blh hentikan pendarahan ini.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini merupakan kesan sampingan ubat suntikan perancang ini. Biasanya pesakit yang mengalami pendarahan yang tidak banyak dan tidak mengganggu aktiviti seharian atau menyebabkan gejala lain, anda tidak memerlukan ubat untuk berhenti pendarahan.
Jika pendarahan ini bertambah buruk atau menyebabkan gejala seperti sesak nafas, pening, penat badan dan sebagainya, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk bertukar cara perancang dan menghentikan pendarahan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































