
abila30.an
6 tahun
Suntikan Depo Perancang Kehamilan
Saya mengambil suntikan perancang kehamilan semalam. Bolehkan suami saya bersama saya dalam masa terdekat? Ada apa-apa kesan ke? Dan harini saya berasa rahim saya mengecut seperti menyusu selepas bersalin

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan puan, suntikan Depo-Provera mula berfungsi sebagai kawalan kelahiran dengan segera selepas suntikan pertama, jika anda mendapatkannya dalam tempoh 5 hari pertama dalam haid anda.
Suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu, tetapi anda mesti mendapatkan suntikan sekali setiap 12 minggu untuk mendapatkan perlindungan penuh.
Untuk hal ini, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!