
Sulit
4 tahun
Suntikan Hormon testosteron pada lelaki.Apakah ianya bahaya ataupun bagus,Bagaimana boleh saya mengambilnya dan menggunakannya untuk jangka masa yang panjang
Salam sejahtera doktor,nama saya syafiq,saya nak tanya doktor,elok tak untuk seseorang lelaki mengambil suntikan hormon testosteron?sebab saya rasa saya nak ambil suntikan tersebut.Saya tidak mempunyai seberang penyakit lemah jantung ataupun darah tinggi,malahan saya mempunyai anemia,tapi anemia saya sekarang pun sudah beransur pulih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, suntikan hormon testosteron tidak boleh diambil tanpa masalah kesihatan, ia hanya diberikan untuk merawat kondisi yang menyebabkan kekurangan hormon testosteron, seperti lambat akil baligh. Ia juga digunakan untuk lelaki yang mempunyai masalah genetik atau chemotherapy.
Suntikan testosteron juga digunakan untuk merawat wanita yang mempunyai kanser payudara. Testosteron tidak patut digunakan untuk meningkatkan prestasi atlit. Anda perlu memberitahu doktor anda jika anda mempunyai masalah-masalah ini sebelum mendapatkan suntikan hormon, seperti:
- penyakit jantung dan koronari
- pernah mendapat serangan jantung atau saluran darah tersumbat
- kencing manis
- kelenjar prostat bengkak
- tinggi kolesterol
- kanser payudara lelaki
- penyakit hati atau buah pinggang
- kandungan kalsium dalam darah tinggi
Hidup dengan sihat dan cergas, bebas dari penyakit!
Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.