
dv_lovingurlz
5 tahun
Suntikan pencegahan kehamilan(suntikan depo)
saya wanita berusia 32 tahun, saya baru pertama kali mengambil suntikan depo selepas melahirkan anak ketiga. sekarang telah ambil suntikan yang kedua. selepas ambil suntikan yang pertama, haid saya datang lewat sebulan kemudian dah okey untuk bulan seterusnya tetapi saya mengalami tempoh haid agak lama… dua minggu haid selepas tu berhenti dalam 2@ 3 hari kemudian sambung semula haid dan ambil masa 2 minggu semula, sekarang ni pon sama dah berhenti dalam masa 4 hari dan hari ini ada tanda-tanda untuk darah keluar semula… adakah itu normal atau saya perlu rujuk doktor??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Jika ini tidak berlaku kepada anda, ia masih normal. Suntikan ini efektif serta merta selepas suntikan. Tapi jika anda telah melakukan hubungan sebelum mendapat suntikan, anda seharusnya mengambil kontrasepsi emergency untuk mencegah kehamilan.
Untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut tentang suntikan pencegah kehamilan, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih