ayishicha
6 tahun
Suntikan peracang depo
sy berumur 27tahun…mempunyai ank berusia 5tahun 2t5b dan 8bln…selepas bersalin ank yg ke 3 ade ade amk kaedah merancang dengan pasang iucd tp mengalami pendarahan tanpa hnti selama 3 bln dgn itu sy memutuskn utk bkk iucd trsebut dan guna kaedah merancang suntikan depo…soalan sy sejak sy suntik depo yg pertama pd 28/2/2019 sehingga sekarang sy msh mengalami pendarahan lg…kalau berhnti pn dlm 1-2 ari kemudian pendarahan semula…(3bulan juga)…adakah ini normal atau sy kena amk kaedah merancang lain?terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


































