
Sulit
4 tahun
Suntikan perancang 3 bulan
Saya ambil suntikan perancang 3 bulan sekali pada tanggal 26,09,2019… sepanjang saya ambil suntikan tu, saya Tak pernah berhenti haid…tapi darah hanya keluar sikit shaja… Dan skrng saya sdh 4 Hari tidak ada haid sbb saya terlepas ambil suntikan seterusnya…adakah saya bole HAMIL lagi? Sbb saya hanya ambil suntikan tu sekali sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, suntikan itu boleh mengubah kitaran haid anda dan menyebabkan anda haid berterusan. Memandangkan anda tidak lagi mengambil suntikan tersebut, hormon di dalam badan anda telah berubah menyebabkan anda telah berhenti datang haid dan perkara ini normal.
Namun, jika anda masih lagi berminat untuk mengambil suntikan tersebut, anda disarankan untuk mengambil suntikan tersebut sekurang-kurangnya seminggu lewat. Jika anda mengambil suntikan tersebut selepas seminggu, terdapat risiko kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.