
Sulit
4 tahun
Suntikan perancang 3bulan
Hi doktor…sy nk tnya…sy beraalin czer pada 12.05.2020 tp ank sy meninggal…pada 13-19hbjune sy period…dan sy mengambil perancang keluarga secara suntikan pada pagi 23june…dan malam tu sy ada bersama suami.adakah suntikan itu memberi perlindungan pd sy dari hamil…atau sy perlu mkn morning after pills,sy takut akn hamil semula memandangkan sy bukan bersalin secara normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah. Semoga anda tetap kuat menjalani ujian ini.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengambil suntikan perancang tersebut setelah tamat haid anda. Untuk makluman anda, setelah anda mengambil suntikan tersebut ianya mengambil masa 7 hari untuk berkesan. Melainkan sekiranya anda mengambil suntukan tersebut tempoh masa 5 hari pertama datang haid maka anda akan terus terlindung dari kehamilan.
Oleh itu anda harus menggunakan alternatif perancang lain seperti kondom dalam masa 7 hari selepas suntikan. Memandangkan anda telah melakukan hubungan tanpa perlindungan, saya sarankan untuk anda mengambil ubat morning after bagi mengelakkan kehamilan. Digalakkan untk anda mengambil ubat ini secepat mungkin agar peluang untuk ubat ini berkesan dalam mengelakkan kehamilan tinggi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.