Sulit
5 tahun
Suntikan perancang. Apakah kesan jangka panjang penggunaannya Dan adakah menapous berlaku awal?
Suntikan perancang. Hi Dr.saya 35thun. Last suntikan bulan12 2019.lebih lebih kurang setahun guna kaedah ini. Bln3 2020.sepatutnya suntikan semula tp sebab pkp so Saya xpergi. Now…Saya langsung xdtg haid. tiada hubungan kelamin spnjg tempoh tersebut(feb-dec).suami pjj
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan menggunakan suntikan perancang, antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































