
Sulit
5 tahun
Suntikan Perancang Pencegahan Kehamilan
Saya wanita Muslim berusia 25 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Soalan saya, bolehkah sekiranya saya mengambil suntikan perancang sebelum majlis perkahwinan saya? Saya seorang yang berstatus dara dan pernah dinasihatkan agar tidak mengambil pil perancang pada masa akan datang oleh doktor pakar selepas saya menjalani pembedahan cyst di payudara. Adakah ianya memudaratkan jika saya melakukan suntikan awal sebelum saya bernikah? Thank you Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, berkenaan dengan pengambilan suntikan perancang sebelum berkahwin, ia bukanlah menjadi satu masalah berkenaan bila anda mengambil suntikan ini. Namun, kami tidak mengetahui latar belakang kesihatan anda serta maklumat lanjut tentang masalah cyst payudara yang pernah anda hadapi. Pengambilan suntikan atau pil perancang kehamilan boleh meningkatkan risiko kanser payudara terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ini.
Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum mengambil suntikan ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.