
nicoleleow85
5 tahun
Suntikan perancangan
Saya telah mengambil suntikan perancangan kali ketiga.Tetapi kali ini haid saya datang tidal berhenti selama sebulan.Adakah ini normal ataupun saya perlu berhenti mengambil suntikan perancangan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, itu antara kesan sampingan suntikan perancang. Anda boleh menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain jika masalah ini merunsingkan anda atau anda mengahadapi masalah kurang darah (anemia).
Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.