
Anonymous
5 tahun
Suntikan pil perancang
Hi. Sy surirumah berusia 32 tahun. Sy baru 4 bulan melahirkan bayi pada march 2019 dan telah mengambil suntikan depo pada pertengahan april. Pada 7hb may saya telah dtg period dan selepas itu tidak lagi datang. Sy mengambil suntikan depo 2 bulan sekali mengikut date yg telah ditetapkan oleh nurse di KK. Sy perasan sejak sy ambil depo ini, sy mengalami rashes2 dan gatal2 seperti ruam. Dan ia berlarutan sehingga kini. Adakah ini salah satu kesan sampingan nya & adakah sy perlu stop ambil depo?
Dan sehingga kini sy belum datang period selepas bulan may dulu. Risau pula sy… suntikan depo memang mencega kehamilan kan walaupun bersama dgn suami tanpa perlindungan?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, antara efek samping pengambilan suntikan perancang adalah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Sekiranya puan berasa ragu-ragu dengan ubat suntikan ini, sebaiknya berbincang dengan doktor anda untuk menggunakan metode perancangan kehamilan yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.