
Sulit
3 tahun
Suntikan pil perancangg
Assalamualaikum doc , saya wanita berusia 19 tahun . Saya nak tanya , apabila saya mengambil suntikan pil perancang tetapi pasangan saya melakukan hubungan seks adakah saya akan hamil ? Selepas mengambil suntikan itu , saya mengalami pening kepla , loya tekak dan saya bertambah selera untuk makan . Saya risau saya akan termengandung lagi . Ape jawapan doctor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa maklumat yang kurang lengkap daripada keterangan anda. Faktor bila anda mengambil suntikan itu dan kitaran haid anda memainkan peranan. Secara amnya, jika anda dapat suntikan pada 7 hari pertama kitaran haid anda, anda akan dilindungi daripada kehamilan.
Antara kesan sampingan suntikan perancangan ialah peningkatan berat badan, sakit kepala, perubahan mood, kesakitan payudara dan kitaran haid yang tidak teratur. Pendarahan ketika haid juga boleh bertambah banyak, terlalu sedikit dan tempoh haid boleh menjadi lebih pendek atau berhenti sama sekali.
Oleh itu saya sarankan anda untuk menghubungi kembali doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang status kesihatan anda. Sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.