
Sulit
5 tahun
Suntikan vaksin bayi
Semasa bayi saya empat bulan, dia diberi suntikan vaksin di kaki kiri. Baru-baru ini pula, suntikan vaksin untuk bulan kelima diberi di kaki yang sama. Setelah hampir dua minggu kini bayi saya mengalami gatal-gatal di bahagia suntikan itu. Adakah masalah ini berpunca dari suntikan tersebut? Apakah kesan mengambil suntikan di kaki yang sama berturut-turut?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kesan sampingan suntikan vaksin bayi anda. Secara amnya, reaksi kesan sampingan suntikan vaksin seperti kemerahan, demam, cirit-birit dan tidak lalu makan boleh berlarutan sehingga 3 ke 5 hari. Daripada gambaran yang anda berikan, kesan sampingan suntikan vaksin ini lebih daripada waktu yang selalu dialami bayi yang mendapat suntikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.