
Sulit
4 tahun
Suplemen / vitamin / ubat-ubatan yang boleh diambil
Saya telah mengalami keguguran 2 minggu yang lepas dalam usia kandungan 11 minggu. Saya berumur 31 tahun. Apakah jenis suplemen atau vitamin atau ubat-ubatan yang boleh saya ambil bagi menguatkan kembali rahim selepas keguguran dan menstabilkan hormon untuk perancangan hamil lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, rawatan untuk menguatkan rahim, pada pendapat saya, sekiranya sejarah keguguran yang anda alami adalah sebanyak satu kali, maka tidak perlu untuk anda mengambil ubat-ubatan. Pemakanan yang sihat dan seimbang boleh membantu untuk menguatkan rahim wanita. Antara pemakanan yang boleh anda amalkan adalah makanan yang tinggi protein (misalnya; ikan, daging, ayam, telur), kurma, badam, dan makanan dengan kandungan antioksidan yang tinggi (misalnya; teh hijau). Suplemen khusus sukar untuk saya tentukan kerana ia juga perlu mengambil kira status kesihatan anda secara keseluruhannya. Anda digalakkan untuk ke klinik dan membuat pemeriksaan menyeluruh dengan segera agar rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih