Sulit
4 tahun
Supplement probiotik n prebiotik
Hi doc nak tanya…selamat kah jika mengambil supplement probiotik selama jangka panjang?
Adakah priobiotik n prebiotik supplement boleh membantu mengurangkan keputihan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Makanan tambahan probiotik adalah makanan bagi menggalakkan kesihatan bakteria semulajadi dalam usus seseorang. Ia perlulah diambil pada kadar yang disyorkan dan berkala. Pengambilan ubatan atau suplemen untuk jangka masa panjang adalah tidak digalakkan melainkan mendapat arahan dari doktor. Masalah keputihan tidak dapat diselesaikan dengan pengambilan suplemen sahaja kerana puncanya perlu diketahui terlebih dahulu. Antara langkah-langkah bagi mengurangkan masalah keputihan yang anda alami adalah dengan:
- Penggunaan krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.