
Sulit
2 tahun
Supplement untuk pesakit nephritic syndrome
Doktor, suami saya mengalami nephritic syndrome selepas menjalani prosedur biopsi baru-baru ini. Sekarang suami saya mula makan ubat steroid untuk sebulan. Masalah kaki bengkak masih terjadi. Baru-baru ini suami saya mendapat 1 video mengenai spirulina, minyak ikan dan ro water. Adakah wajar suami saya consume spirulina, minyak ikan dan ro water? Saya ragu-ragu kerana tak patut suami saya add on ubat berikut akibat terpengaruh dengan video pesakit buah pinggang yang ‘semakin sihat dan normal’ selepas makan supplement berikut. Apakah nasihat doc kepada suami saya.Oh ya,soalan kedua, adakah nephritic syndrome akan sembuh dengan sendiri bagi orang dewasa . tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut yang disenaraikan, terutamanya RO water adalah merupakan diet yang biasanya dianjurkan sebagai tambahan untuk pesakit buah pinggang dengan masalah batu buah pinggang (kidney stones) dan bukan untuk masalah nefritik sindrom.
Merujuk kepada pertanyaan kedua, harus dikeahui bahawa sindrom nefritik boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya jangkitan kuman, virus dan lain-lain. Sekiranya penyebab penyakit dapat diatasi, maka penyakit boleh sembuh.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.