
Sulit
4 tahun
Supplements dan pemakanan
Hi, saya Amin. Saya ingin bertanya berkenaan pengambilan supplements. Saya ada mengambil supplement jenis multivitamin dan saya keliru kerana saya ada terbaca mengenai iron supplement dkt google. Multivitamin yg saya ambil juga mengandungi iron. Tetapi, iron supplement mesti diambil sebelum makan sewaktu perut kosong dan multivitamin(iron) mesti diambil bersama makanan/selepas makan. Tambahan pula, kalsium boleh mengganggu penyerapan iron. Soalan saya…
- Bolehkah saya hanya memakan roti 2 keping sahaja sebagai sarapan kemudian saya mengambil multivitamin(iron) kerana roti yg saya makan itu mengandungi kalsium juga. Adakah ia akan mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin yg saya ambil?? Adakah kalsium yg sedikit seperti 80mg kalsium tetap akan mengganggu penyerapan iron???
Itu sahaja soalan saya, sekian terima kasih. =)

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, anda dibenarkan untuk mengambil Kalsium dalam kuantiti yang sedikit dan pada masa yang sama ambilnya dengan iron.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Makanan roti dua keping itu juga boleh untuk diambil sebagai sarapan sebelum mengambil multivitamin. Roti adalah karbohidrat dan tidak mengandungi Kalsium
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.