Anonymous
6 tahun
Suppliment kesuburan lelaki
Suppliment apekah yang terbaik untuk mengaktifkan kembali sperma lelaki
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketiadaan sperma ataupun azoospermia ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- saluran mengeluarkan air mani tersumbat
- penyakit genetik keturunan seperti Klinefelter’s syndrome
- kecederaan lama terutamanya apda testis
- jangkitan kuman pada kemaluan
- ejakulasi terkebelakang (retrograde ejaculation)
Pilihan rawatan adalah bergantung kepada penyebab ketiadaaan sperma seperti sebab-sebab di atas. Oleh itu, kami memerlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan dari anda sebelum membuat kesimpulan.
Anda boleh mencuba makanan seperti berikut untuk meningkatkan jumlah sperma (sperm count)
- telur
- pisang
- sayuran hijau seperti asparagus, bayam dan brokoli
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































