Sulit
3 tahun
Surgical Mask vs 3 ply Disposable Mask
Hai, boleh saya tahu apa perbezaan ‘surgical mask’ dan ‘3 ply Disposable Mask’ yang berada di pasaran? Adakah kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu mampu melindungi diri daripada wabak Covid-19? Sedia maklum bahawa kedua-jenispelitup muka ini mempunyai kadar harga yang sangat jauh berbeza. Adakah doktor menyarankan orang awam hanya memakai ‘3 Ply Disposable Face Mask’ sudah memadai? ba
3 tahun
Selamat Sejahtera!
“Face mask” atau topeng muka digunakan untuk melindungi diri daripada kuman, titisan air, virus dan lain-lain dari persekitaran. Terdapat pelbagai jenis mask atau topeng muka di pasaran dan farmasi. Topeng muka yang berwarna biru adalah yang biasa di pasaran, manakala yang berwarna kelabu/grey berkemungkinan mempunyai fungsi “activated carbon filter.” Fungsi filter ini adalah untuk mengurangkan bau atau habuk. Namun, bukan semua topeng warna grey/kelabu mempunyai fungsi ini. Untuk penggunaan tepat, sila rujuk label topeng anda semasa pembelian.
Bagi virus COVID-19 yang melanda dunia sekarang, topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang. Selain itu, topeng N95 juga boleh digunakan dan ia boleh digunakan secara berulang.
Saya harap jawapan ini dapat membantu sedikit banyak mengenai soalan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini