
Sulit
3 tahun
Susah bernafas dan sakit di bahagian tertentu
Saya berumur 17 tahun saya sering sakit dada belah kiri seperti di tarik dan menyebabkan saya sukar bernafas saya juga terasa sakit di pinggang belakang kanan ketika tarik nafas ianya berlaku hanya kadang ²satu bulan hanya 1,2 kali shje

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut kenyataan diatas, anda mengalami masalah kesukaran untuk bernafas disertai dengan sakit dada belah kiri. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.