
Sulit
4 tahun
Susah bernafas ketika sedang berpuasa
Saya wanita berumur 25 tahun. Sentiasa berada dalam keadaan tertekan dengan pekerjaan dan sambung belajar part time semenjak beberapa bulan yang lalu. Saya kerap merasa sukar bernafas. Bila pakai mask, susah nak bernafas. Tak pakai pun susah nak bernafas. Kepala saya rasa ringan, macam nak pengsan. Saya berpuasa. What should I do?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sesak nafas ataupun kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyuluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.