
Sulit
4 tahun
Susah kencing dan luka di bahagian lubang punggung
Assalamualaikum doktor.2 mggu lps saya diserang berak berdarah.selepas itu ianya tidak lg keluar darah.tapi sehingga sekarang,lubang punggung saya ada luka dan rasa gatal2.ubat ape yg patut sy sapu?boleh ke sy sapu minyak herba TYT dan sebagainya?Soalan kedua pula,saya mengalami masalah sukar untuk kencing.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk tidak menggunakan apa-apa ubat dahulu. Masalah dubur luka perlu diperiksa dahulu sebelum mendapatkan rawatan. Oleh itu anda disarankan untuk pergi ke klinik berdekatan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan luka pada dubur, antaranya ialah:
- anal fissure
- buasir
- anal fistula
- radang pada rectum (proctitis)
Masalah sukar kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Saluran kencing tersumbat
Saya sarankan anda untuk memantau jika anda mengalami gejala seperti:
- Kencing sakit/pedih
- Kencing berdarah
- Kesukaran untuk memulakan kencing
- Kencing tak lawas
- Sakit di bahagian belakang badan atau pinggang
Jika anda mengalami gejala yang disenaraikan bersama dengan masalah anda untuk sukar kencing, saya sarankan anda untuk segera ke klinik berdekatan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah