
Sulit
4 tahun
Susah membuang air besar dan tidak selesa di pinggang
Saya berumur 19 lelaki dan saya ingin bertanya bahawa kenapa saya berasa sukar membuang air besar dan pinggang saya terasa tidak selesa ketika membuang air besar apakah penyakit tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya masalah sukar membuang air besar dipanggil sembelit. ia berlaku akibat tabiat pemakanan yang kurang serat atau tabiat suka melengahkan hasrat untuk ke tandas serta kurang minum air. Masalah ini juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian perut & pinggang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.